Memilih Kamera Pertama Anda. Bahagian 3 - Lensa Kamera

“Apa yang dapat dilihat dimata tak semestinya akan sama seperti di dalam kamera”

Lensa adalah komponen penting selepas kamera untuk memulakan hobi mengambil gambar.
Umum tanggapan awal berkenaan kamera sebagai satu benda, kecuali kamera point and shoot, tanggapan ini tidak boleh dipakai pada kamera jenis DSLR dan Mirrorless.

Bagi yang biasa melayari internet mencari kamera terpakai, kerap dapat kita lihat ada yang hanya menjual badan kamera (kamera body) sahaja, dan ada yang jual lensa sahaja. Jika ada menjumpai satu set kamera dan lensa, melainkan ia model yang sedikit lama, harganya sedikit mahal.

Kali ini penulis akan berkongsi kriteria asas bagi lensa untuk pengguna baru dapat faham dan memilih lensa pertama mereka.

  • Prime lens(Fixed) atau Zoom lens - Ini bergantung kepada apakah tujuan ingin mengambil gambar. 
    1. Bagi yang kasual, lensa Zoom kerap menjadi pilihan kerana versatiil. Bergantung kepada situasi dan jarak subjek, lensa zoom boleh dilaraskan segera. Walaubagaimanapun, kelemahan yang kerapkali dihadapi bagi lensa jenis ini ialah kurang tajam. Kualiti gambar lebih elok jika julat panjang fokus lensa tersebut tidak terlalu besar.
      Zoom Lens oleh Tamron untuk kamera Sony Mirrorless. Julat panjang yang ada ialah 17-28mm, 28-75mm dan 70-180mm.

    2. Bagi pengguna prime lens, jurugambar perlu menggerakkan badan untuk untuk memastikan subjek kelihatan jelas atau cukup besar untuk ada dalam frame. Lensa ini terbaik dalam kualiti gambar, harga mampu milik (bergantung) dan dalam situasi kurang pencahayaan (low light).
      Prime Lens keluaran Sony khas untuk kamera Sony Mirrorless. Julat panjang 50mm, mampu milik sebagai lensa permulaan untuk jurugambar baru bermula.

  • Panjang Fokus (Focal Length, Sudut Lebar ke Telefoto) - Lensa sudut lebar kebiasaannya digunakan untuk permandangan yang luas manakala telefoto kerap digunakan untuk sukan dan haiwan liar seperti burung. Lensa bermula 50mm hingga 135mm biasanya digunakan untuk potret. Ini jenis perbezaan lensa yang ada untuk situasi yang berbeza.      
    1. Lensa Mata-Ikan (Fish-eye lenses) - Bermula dengan nombor kecil, kurang dari 15mm.    
    2. Lensa Sudut Lebar(Wide-angle lenses) popular dengan julat antara 15 - 35mm.    
    3. Lensa standard digunakan dan popular kerap dipersetujui nilai 50mm(Pendapat umum yang kebanyakan jurugambar bersetuju).    
    4. Lensa telefoto dalam lingkungan 70 - 200mm    
    5. Lensa “Super telephoto”bermula atas 200mm.     
    6. Lensa Makro (Macro lenses) datang dalam pelbagai julat “Panjang Fokus”, khusus untuk mengambil gambar subject secara jarak dekat (anggaran kurang 30 inci dari subjek).

  • Bukaan Lensa (Aperture) - Kadangkala dipanggil f-stop. Lebih rendah nilai f-stop, lebih besar bukaan lensa bermakna lebih banyak cahaya dapat masuk, sesuai untuk situasi kurang pencahayaan (low light). Harga juga lebih mahal.     
    1. Pada situasi cahaya siang yang normal, f/4 hingga f/11 biasanya digunakan, bergantung kepada terangnya cahaya matahari.   
    2. Faktor ini jarang diambil kira kecuali anda mempunyai kriteria spesifik seperti contohnya mengambil gambar astrofotografi atau mengambil gambar hidupan liar dalam gelap, malam.    
    3. Ada juga situasi yang mana permainan cahaya mempengaruhi kedalaman lapisan (depth of field). Lebih besar bukaan lensa, lebih fokus terhadap satu titik pada subjek, latar belakang (background) menjadi kabur. Fenomena kekaburan itu dipanggil “Bokeh”, elemen subjectif dalam suatu gambar. Namun bukaan kecil menjadikan gambar lebih jelas dari subjek sehinggalah latar belakang.

  • Crop Factor - Ini bergantung pasa saiz sensor kamera. Pembuat lensa biasanya membuat lensa khusus untuk sensor tertentu.     
    1. Sebagai contoh, sensor APS-C mempunyai saiz lebih kecil, jadi pada pandangan mata, seolah gambar itu sudah di zoom sedikit berbanding gambar diambil sensor full-frame.      
    2. Lebih kecil saiz sensor, sedikit kurang bukaan pandangan (field of view) pada panjang fokus yang sama. Dengan kata lain, pada lensa 50mm, field of view sensor APS-C lebih kecil dari sensor full-frame. Namun ia tidak menjejaskan kualiti.

  • Image Stabilisation (IS) - Lensa murah biasanya idak memiliki fungsi ini, melainkan ia model lama atau terpakai. Seperti penulis yang mempunyai masalah anxiety yang kerap gigil tangan, memilih untuk memiliki lensa dengan fungsi ini. Sedikit mahal namun membantu. Secara umumnya, ada IS lebih baik dan jika tiada maka tidak lah akan mengalami masalah, cuma memerlukan tangan yang teguh.

Memilih lensa yang betul untuk jenis fotografi yang akan dilakukan adalah penting untuk memastikan momen yang dirakam itu sampai matlamat seperti yang dibayangkan dalam fikiran jurugambar.

Comments

Popular posts from this blog

VMware Workstation 14 Bridge Mode not Connected to Internet

Fixing Installation Problem in Kali Linux 2018.2 for VirtualBox and VMware Workstation. (gcc 7.3.0)

ARP for Dummy like Me!