Edisi Khas untuk kamera Point and Shoot. Penulis merasakan kamera jenis ini tidak mendapat perhatian yang baik dengan ciri yang kompak, ringan dan mudah dibawa.
Kebanyakan keluaran lewat 2015 mempunyai spesifikasi yang bagus, setara dengan DSLR dan Mirrorless.
Contoh Kamera Point and Shoot keluaran Sony yang terkini bernama Sony ZV-1 |
- Saiz Sensor - Kebanyakan kamera sebegini sensor sebesar 1 inci sehingga APS-C.
- Megapixel - Normalnya bermula 12 MP sehingga 26 MP. Hasil gambar juga baik, cuma kekurangan fungsi Penstabil (Stabiliser) menyebabkan kualiti gambar adalah bergantung kepada tetapan (setting) yang betul serta tangan pengambil gambar yang teguh.
- Saiz Kamera - Kerana saiz yang kompak, ia senang dibawa kemana-mana sahaja, tanpa memakan ruang pada beg mahupun poket.
Saiz kecil juga nampak natural, tidak seakan menceroboh momen dengan saiz yang besar, membuatkan orang berasa tidak senang duduk.
- Versatil - Mempunyai kebolehan merakam video, jadi sesuai untuk apa-apa situasi tertentu, boleh dikeluarkan untuk tujuan merakam momen atau mengambil gambar. Juga mempunyai fungsi seperti timelapse (bergantung, tak semua jenama ada), menukar exposure, zoom, ISO, shutter speed dan sebagainya.
Jenama kamera seperti Nikon, Canon, Ricoh, Fujifilm,
Panasonic dan Sony ialah antara pemain terkenal dengan keluaran yang
bagus.
Penulis sertakan senarai kamera jenis ini yang diminati kerana spesifikasinya yang bagus tidak mengikut siapa yang lebih baik.
Lebih tinggi harganya, lebih banyak spesifikasinya.
Namun tak semestinya mahal itu bagus!
Penulis sertakan senarai kamera jenis ini yang diminati kerana spesifikasinya yang bagus tidak mengikut siapa yang lebih baik.
- Sony Z-V1.
- Sony RX100.
- Sony Cyber-shot DSC-WX800.
- Ricoh GRII dan GRIII.
- Canon PowerShot G1 X, G5 dan G7.
- Fujifilm X100F dan X100V.
- Panasonic LX100 (Berkongsi platform with Leica D-LUX 7).
- Nikon Coolpix A1000 dan A900.
- Panasonic GF9.
Lebih tinggi harganya, lebih banyak spesifikasinya.
Namun tak semestinya mahal itu bagus!
Comments
Post a Comment