Memilih Kamera Pertama Anda. Bahagian 2 - Kriteria Sebuah Kamera


Ada beberapa perkara yang biasanya dibincangkan apabila memilih kamera pertama.

  • Megapixel - Lewat 2010, rata2 kamera digital mampu milik, sama ada point and shoot, DSLR mahupun Mirrorless mempunyai 16MP sehinggalah 26MP. 
    1. Lebih besar nilai megapixel, lebih banyak data dapat disimpan, namun data anda akan bersaiz sangat besar. Untuk gambar yang diambil dari kamera 24.2MP sahaja menghasilkan fail sehingga 10 megabyte. 
    2. Sejujurnya, anda tidak perlu nilai megapixel yang tinggi, tangan yang steady adalah lebih mustahak untuk mengambil gambar yang bagus.
  • Saiz Sensor - Apabila anda bertanya dengan ahli fotografi, barangkali mereka akan bertanya tentang saiz sensor apa yang anda inginkan. 
    • Antara jenis sensor popular yang ada termasuklah M4/3(Micro Four Thirds System), APS-C dan Full-Frame. 
    • Saiz sensor tidak menjamin harga akan murah atau mahal. Rata-rata kamera mampu milik mempunyai sensor APS-C (berdasarkan pengalaman penulis). 
    • Bagi kamera Point and Shoot, jarang dibincangkan saiz sensor, dan lensa adalah bersifat "built-in" pada badan kamera, maka perbincangan kebiasaannya lebih terhadap kebolehan zoom, fungsi2 yang ada serta setting untuk menyesuaikan pada situasi tertentu. 
    •  
      Contoh Perbezaan Saiz Sensor.





  • Model Kamera - Kebanyakan pengeluar kamera mempunyai reputasi yang baik, dan produk yang bagus. Pemilihan jenama adalah atas pengalaman, nasihat pengguna lain dan juga bacaan. Intrepretasi penulis adalah seperti berikut: 
    1. Fujifilm - Pengeluar kamera mirrorless APS-C yang terkenal dengan kebolehan menukar filter gambar yang menarik. Mempunyai aesthetic tersendiri. 
    2. Sony - Pengeluar kamera mirrorless yang berpengalaman dengan reputasi autofokus yang pantas. Juga mengeluarkan model kamera point and shoot yang bagus. 
    3. Canon/Nikon - Pengeluar kamera DSLR yang berpengalaman dan mempunyai pasaran besar. Pemain baru dalam kamera mirrorless. Berpengalaman juga dalam mengeluarkan model kamera point and shoot yang bagus. 
    4. Olympus/Panasonic - Pengeluar kamera mirrorless M4/3, bersaiz kompak dan ringan.
Contoh Antara Kamera yang dijual dalam Pasaran.

  • Pasaran lensa terpakai - Bagi yang baru berjinak dengan hobi sebegini, pastinya tidak mampu mengeluarkan modal besar untuk memiliki lensa bagus untuk mengambil gambar. Kamera dan lensa terpakai adalah sesuatu yang lazim bagi ahli fotografi. Penulis sendiri menggunakan kamera terpakai.
Bagi pasaran DSLR, Nikon dan Canon sudah mendominasi dengan bilangan lensa yang banyak, terutamanya di pasarai barangan terpakai. Namun tak semestinya kamera model lain tidak boleh menggunakannya lensa model berikut, hanya perlu membeli tambah adapter yang betul, pasti dapat digunakan di kamera model lain.

Nota Kaki - Penulis hanya akan berbincang tentang Kamera dengan fungsi menangkap gambar. Penulis tidak akan berbincang mengenai fungsi video kerana kurang minat dalam dunia berikut.

Comments

Popular posts from this blog

VMware Workstation 14 Bridge Mode not Connected to Internet

Fixing Installation Problem in Kali Linux 2018.2 for VirtualBox and VMware Workstation. (gcc 7.3.0)

ARP for Dummy like Me!